Wednesday, December 18, 2024
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    El Nasr Automotive kembali beroperasi selepas 15 tahun

    KAHERAH, 17 NOV – Pengeluar kenderaan milik negara Mesir, El Nasr Automotive Manufacturing Company, memulakan semula pengeluaran kelmarin selepas 15 tahun dihentikan, menurut kenyataan daripada kabinet Mesir.

    Dalam majlis yang menandakan kembalinya barisan pengeluaran syarikat itu, Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly, menyifatkan kembalinya El Nasr sebagai ‘keputusan strategik oleh negara’ dan menekankan peranan penting kerjasama sektor swasta dalam memajukan projek-projek besar negara tersebut.

    Ditubuhkan pada 1960 sebagai pengeluar kenderaan Arab pertama dan berafiliasi dengan Kementerian Sektor Perniagaan Awam, El Nasr pernah menjadi pengeluar utama di rantau ini. Namun, syarikat ini mengalami penurunan secara beransur-ansur dan sepatutnya dilikuidasi pada tahun 2009.

    Ketua Persatuan Pengedar Automobil Mesir, Osama Aboul-Magd, berkata pembukaan semula El Nasr adalah penting dalam memperkukuhkan lokalisasi industri.

    “Langkah ini akan membantu mengurangkan kebergantungan kepada mata wang asing untuk import, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kadar penggajian, serta berpotensi mengeksport kenderaan yang dihasilkan di Mesir,” katanya.

    Aboul-Magd, yang juga menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Bahagian Automobil Dewan Perniagaan Kaherah, turut memaklumkan bahawa El Nasr merancang untuk menghasilkan kenderaan elektrik bermula pada Mei 2025. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda