NEW DELHI, 13 JULAI – Cuaca lebih panas dan kering disebabkan El Nino lebih awal daripada biasa dijangka menghambat pengeluaran beras di seluruh Asia, menjejas keselamatan makanan global di dunia yang masih pulih akibat impak perang di Ukraine.
Ia merupakan berita buruk untuk pesawah padi, terutamanya di Asia yang 90 peratus daripada beras dunia ditanam dan dimakan, kerana El Nino yang kuat biasanya bermakna hujan yang berkurangan untuk tanaman yang memerlukan banyak air.
El Nino yang lalu telah mengakibatkan cuaca ekstrem, daripada kemarau hingga banjir teruk.
Sudah timbulnya amaran, kata Abdullah Mamun, penganalisis penyelidikan di Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa atau IFPRI, merujuk kepada kenaikan harga beras akibat kekurangan dalam pengeluaran.
Harga purata 5 peratus beras putih pecah pada bulan Jun di Thailand adalah kira-kira 16 peratus lebih tinggi daripada purata tahun lepas.
Stok global telah berkurangan sejak tahun lepas, sebahagiannya disebabkan banjir besar di Pakistan, pengeksport utama beras.
El Nino tahun ini mungkin menambah masalah lain bagi negara pengeluar beras, seperti pengurangan ketersediaan baja akibat perang dan sekatan eksport beras beberapa negara.
Myanmar, Kemboja dan Nepal amat terdedah kepada risiko itu, menurut laporan terbaharu oleh firma penyelidikan BMI. – AP