MANILA, 13 JULAI – Kerajaan Filipina menggesa rakyatnya menyimpan air hujan bagi mengurangkan kesan fenomena El Nino ke atas pengeluaran pertanian, kata Pejabat Komunikasi Presiden, hari ini.
Dengan nasihat terkini mengenai kehadiran El Nino di Tropika Pasifik, pakar cuaca memberi amaran tentang pemanasan luar biasa suhu permukaan laut, yang mungkin membawa kepada hujan di bawah paras normal, menyebabkan musim kering dan kemarau di beberapa wilayah di Filipina.
Pihak berkuasa pertanian menggalakkan pengeluar makanan untuk menyimpan air hujan untuk kegunaan masa depan, sebagai salah satu strategi pengurusan air di tengah-tengah potensi musim kemarau.
Negara Asia Tenggara itu mempunyai purata isi padu hujan melebihi 2,300 milimeter setahun.
Kerajaan berkenaan sedang melaksanakan langkah-langkah pengurusan air lain, termasuk menambah baik saluran pengairan dan projek pengairan berskala kecil lain dan menggantikan set pam serta enjin yang tidak boleh diservis, dan sebagainya. – Xinhua


