Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    El Rumi berang konflik lama Maia, Mulan Jameela jadi sebutan

    Kehadiran penyanyi Maia Estianty di majlis pernikahan anaknya sulung terus menjadi bualan ramai sehingga ada yang kembali menyebut isu lama melibatkan dia bersama Mulan Jameela.

    Berang perkara tersebut diperkatakan, El Rumi yang merupakan anak kedua penyanyi itu menganggap ia seperti merosakkan kemeriahan perkahwinan abangnya iaitu Al Ghazali, lapor mStar.

    “Kenapa masih ada yang bercakap lagi? Al Ghazali adalah anak sulung ibu dan ayah saya. “Itu konflik lama yang sudah berlaku berpuluh tahun. Ayah sudah bahagia dengan keluarga baharu dan ibu juga begitu.

    “Bagi saya isu ini tidak penting diperkatakan semula. Apa lagi di hari pernikahan Al,” luah El Rumi.

    Peminat sedia maklum akan hubungan Maia dan Mulan tidak baik meskipun mereka sebelum ini pernah bergabung dalam sebuah kumpulan.

    Dikatakan konflik berlaku antara mereka selepas Mulan didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Maia bersama komposer Ahmad Dhani.

    Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani. – Agensi

    Maia Estianty ketika hadir di majlis pernikahan anak sulungnya, Al Ghazali, baru-baru ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda