Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    El Salvador dilanda gempa bumi

    EL SALVADOR, 30 Mei – Satu gempa bumi bermagnitud 6.6 Skala Richter melanda luar pantai El Salvador, menurut Jabatan Geologi AS (USGS), hari ini.

    USGS berkata, gegaran itu direkodkan berada pada jarak 40 kilometer ke selatan Libertad, dekat sini.

    Bagaimanapun, setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik, namun Kementerian Alam Sekitar mengeluarkan amarannya sendiri, meramalkan paras laut akan berubah-ubah sehingga 12 inci.

    Walau bagaimanapun, jurucakap kementerian, Lina Pohl mengatakan amaran itu dikeluarkan sebagai ‘satu protokol. Kementerian melalui Twitter menasihatkan penduduk pinggir pantai untuk mengelak kawasan perairan selama empat jam selepas gempa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda