SAN SALVADOR, 3 NOV – El Salvador telah mengarahkan diplomat Venezuela supaya meninggalkan negara dalam masa 48 jam, selaras dengan dasar Presiden Nayib Bukele bahawa kerajaan Venezuela pimpinan Nicolas Maduro adalah tidak sah. Lebih 50 buah negara telah beralih pengiktirafan mereka kepada speaker perhimpunan negara Juan Guaido sebagai pemangku presiden Venezuela yang sah.
Sebelum pemilihan beliau pada Jun, Bukele berkata beliau akan mengekal hubungan yang ‘dingin’ dengan Caracas dan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS), yang telah menuntut Maduro disingkirkan. “Kerajaan El Salvador mengusir kor diplomatik dari rejim Nicolas Maduro,” kata Bukele dalam satu kenyataan yang disiar di akaun Twitter lewat semalam. – AFP