Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elak bayar hutang, Sean Kingston dan ibu ditahan polis

    Penyanyi rap dari Jamaica-Amerika, Sean Kingston ditahan pihak berkuasa di California, Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan penipuan.

    Lebih mengejutkan lagi penangkapan tersebut dibuat selepas rumahnya di Florida diserbu pihak polis dan ibunya iaitu Janice Turner juga ditahan.

    Memetik laporan mStar, perkara berkenaan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan yang memaklumkan serbuan dibuat ke rumah Sean selepas menerima laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

    Penahanan penyanyi ini dipercayai susulan laporan dibuat oleh sebuah syarikat iaitu Ver Ver Entertainment yang mendakwa Sean gagal menjelaskan bayaran penuh bagi pembelian set televisyen serta sistem bunyi.

    Sean dikatakan gagal membuat baki bayaran sebanyak kira-kira RM708,000 selepas pemasangan alat tersebut dibuat.

    Malah dia juga berjanji untuk melakukan video promosi bersama penyanyi Justin Bieber namun ia tidak dilaksanakan.

    Laporan dibuat oleh syarikat berkenaan pada Februari lalu disebabkan Sean melanggar perjanjian selain cuba mengelak setiap tuntutan hutang dilakukan.

    Sebelum ditahan, pihak berkuasa penyanyi lagu Beautiful Girl itu sempat menulis di Instagram miliknya memberitahu pihak peguam akan menguruskan hal berkenaan.

    “Orang ramai suka perkara negatif. Saya dan ibu dalam keadaan baik. Peguam saya akan uruskan semua ini,” ujarnya. – Agensi

    Sean didakwa melakukan penipuan. – Singersroom
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda