Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Elak bayar zakat pada saat akhir

    Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi seluruh umat Islam menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan.

    Bukan sahaja kita dituntut untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu puasa pada bulan Ramadan, tapi kita juga diwajibkan untuk menunaikan zakat mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

    Oleh yang demikian, diingatkan kepada kaum Muslimin untuk menunaikan perintah Allah ini dan jangan sampai terlepas waktu untuk membayarnya.

    Kejadian ini pernah terjadi kepada saudara dekat saya, di mana dia hampir terlupa untuk membayar zakat dirinya dan tanggungannya kerana sudah terlalu sibuk dengan persiapan menjelang Hari Raya.

    Akibatnya, dia terpaksa beratur panjang di masjid pada malam raya setelah anak bulan Syawal diumumkan.

    Bukan itu sahaja, rakan saya yang juga terlupa membayar zakat, terpaksa ke hulur ke hilir mencari amil yang masih mengutip zakat di masjid.

    Bahkan sehingga ada yang terpaksa awal ke masjid pada sebelum sembahyang sunat Hari Raya untuk membayar zakat.

    Kemudahan sudah tersedia untuk kitani membayar zakat dengan mudah seperti amil telah dilantik di setiap masjid di negara ini, bahkan juga terdapatnya kemudahan membayar zakat secara dalam talian yang disediakan oleh pihak tertentu.

    Oleh itu, terpulang kepada kita untuk mengingatkan diri sendiri untuk membayarnya dengan lebih awal daripada terlalai dengan persiapan Hari Raya.

    Hamba Allah

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Program jelaskan panduan solat orang sakit

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT - Seramai...

    Kursus haji, umrah telah bermula di 7 masjid

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT - Kursus...

    Tunaikanlah zakat demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat

    Menunaikan zakat merupakan satu tanggungjawab keagamaan yang wajib dipenuhi...

    Puasa 17 jam sehari rahsia Lee Hyori kekal langsing

    Memiliki bentuk badan yang langsing pada usia 46 tahun,...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...