Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elak diskriminasi golongan sakit mental

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Data telah menunjukkan peningkatan jumlah orang yang membunuh diri dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Melihat peningkatan tersebut, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Talian Harapan 145 yang beroperasi selama 24 jam bermula 1 Mac lalu.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menyatakan perkara itu semasa mengulas isu kesihatan mental yang dibangkitkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin.

    “Memang tidak dinafikan stigma itu masih ada, dan Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan dan Jabatan Psikiatri berusaha mendidik orang ramai tanpa mendiskriminasi seseorang disebabkan penyakit dialami terutama di tempat kerja,” ujarnya.

    Beliau turut menegaskan agar tidak mendiskriminasikan mereka yang mengalami masalah kemurungan dan gangguan bipolar.

    Di samping itu, ujarnya, pihak kementerian juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan mengenai masalah kesihatan mental, bukan saja dalam kalangan pelajar malah guru-guru.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda