Saya pernah terbaca mengenai bahaya dawai kokot atau lebih dikenali sebagai staples, di akhbar ini beberapa bulan yang lalu.
Isu tersebut diketengahkan di Malaysia namun di sini pun ada penggunaannya pada pembungkusan makanan terutama yang dijual di kedai-kedai runcit dihantar oleh peniaga yang kebanyakannya membuat bisnes kecil-kecilan dari rumah.
Bukan niat untuk menjatuhkan perniagaan mereka tetapi adalah lebih baik jika tidak menggunakan dawai kokot itu. Kita tidak tahu, kemungkinan kecuaian kanak-kanak atau orang tua ketika membukanya boleh membuatkan dawai kokot itu terpelanting masuk dalam makanan dan ditelan oleh mereka. Malang tak berbau kata pepatah lama, maka lebih baik beringat sebelum kena.
Carilah alternatif lain untuk pembungkusan berbanding menggunakan dawai kokot.
Syakirah
