Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Elak guna jam tangan ukur gula darah tanpa jarum

    WASHINGTON, 23 FEB – Jam tangan pintar dan cincin yang mendakwa dapat mengukur paras gula dalam darah untuk tujuan perubatan tanpa jarum mungkin berbahaya dan harus dielakkan, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat memberi amaran baru-baru ini.

    Amaran itu terpakai pada mana-mana jam tangan atau cincin, tanpa mengira jenama, yang mendakwa mengukur tahap glukosa darah dengan cara yang tidak invasif, kata agensi itu.

    FDA berkata ia tidak membenarkan mana-mana peranti sedemikian daripada digunakan.

    Notis agensi itu tidak terpakai pada aplikasi jam tangan pintar yang dihubungkan kepada sensor, seperti sistem pemantauan glukosa berterusan yang mengukur gula darah secara langsung.

    Menggunakan jam tangan pintar dan peranti cincin pintar yang tidak diluluskan boleh mengakibatkan pengukuran gula darah yang tidak tepat, dengan akibat yang ‘berpotensi membawa maut’, kata Dr Robert Gabbay, dari Persatuan Diabetes Amerika.

    Ia boleh menyebabkan pesakit mengambil dos ubat yang salah, yang membawa kepada tahap gula darah yang berbahaya dan mungkin kekeliruan mental, koma atau kematian.

    Beberapa syarikat sedang mengusahakan peranti bukan invasif untuk mengukur gula darah, tetapi tidak ada yang berjaya mencipta produk yang tepat dan cukup selamat untuk mendapatkan kelulusan FDA, kata Dr David Klonoff, yang telah meneliti teknologi diabetes selama 25 tahun. – AP

    Papan tanda Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS dipamerkan di luar pejabat di Silver Spring. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...