Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elak kereta terlalu bahang, letak kereta di kawasan terbuka

    Awda tiada pilihan selain perlu meletakkan kereta di tempat terbuka setiap hari? Bila dah masuk kereta pula, keadaan panas dan bahang. Tentu tak selesa kan?

    Untuk pengetahuan awda, suhu di dalam kereta yang ditinggalkan di bawah sinaran cahaya matahari adalah lebih panas berbanding suhu di luar. Suhunya boleh mencecah sehingga 50 darjah Celsius walaupun cuaca di luar hanya sekitar 32 darjah Celsius!

    Mengapa? Ini kerana apabila cahaya matahari memancar terus menerusi cermin kereta, bahagian dalaman kereta seperti kerusi akan meresap haba tersebut dan membuatkan bahagian dalaman kereta menjadi lebih bahang.

    Justeru itu, bagi mengelakkan awda dari berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan sebaik sahaja masuk kereta, di sini laman blog BJAK mengongsikan beberapa cara untuk awda mengelakkan dalaman kereta awda menjadi terlalu bahang.

    5 TIP ELAK KERETA TERLALU BAHANG

    • Buka flap aircond

    Pada kebiasaannya apabila kita memandu dalam keadaan aircond dibuka dan tingkap tertutup, kita akan menutup flap aircond. Ini bagi memastikan udara sejuk dapat berkitar di dalam kereta saja dan mengekalkan suasana yang sejuk dan nyaman.

    Pelindung matahari dapat menghalang gelombang haba panas yang dipancarkan melalui matahari supaya tidak menembusi cermin kereta. – Agensi
    Awda dinasihatkan untuk membuka flap aircond bagi mengurangkan bahang. – Agensi
    Gambar Freepik
    Alaskan dahulu tempat duduk dan stereng sebelum meninggalkan kereta. – Agensi

    Namun, jika awda meletakkan kereta di tempat terbuka dan di bawah cuaca yang terik, awda dinasihatkan untuk membuka flap aircond tersebut bagi mengurangkan bahang.

    Apabila ia dibuka, udara dari luar akan keluar masuk melalui lubang aircond dan seterusnya mengurangkan suhu yang panas di dalam kereta.

    Sebagai peringatan, pastikan awda menggunakan atau membuka flap aircond ketika meletakkan kereta sahaja kerana jika awda menggunakan ketika memandu, udara di dalam kereta awda akan kurang sejuk.

    • Turunkan tingkap

    Awda digalakkan untuk menurunkan sedikit sahaja tingkap kereta awda ketika meletakkan kereta bagi mengelakkan kereta menjadi terlalu panas. Melalui ruang udara yang terbuka itu, ia boleh digunakan sebagai laluan keluar masuk udara agar udara panas tidak terperap di dalam kereta.

    Walau bagaimanapun, elak turunkan tingkap dengan terlalu luas kerana ia berbahaya untuk keselamatan awda dan berisiko dipecah masuk.

    • Pelindung matahari

    Cara ini mungkin digunakan oleh ramai pemandu. Ya, pelindung matahari merupakan salah satu cara yang boleh digunakan bagi mengelakkan kereta menjadi terlalu bahang.

    Pelindung matahari diletakkan pada cermin kereta bagi menghalang gelombang haba panas yang dipancarkan melalui matahari supaya tidak menembusi cermin kereta.

    Ketika meninggalkan kereta (terutama untuk jangka masa yang panjang), letakkan sahaja pelindung matahari itu pada bahagian cermin kereta awda.

    Tinted tingkap kereta

    Penggunaan cermin gelap (tinted) kini dianggap sebagai suatu keperluan terutama dalam cuaca panas terik. Penggunaan cermin gelap mampu mengurangkan kadar sinaran matahari yang menembusi cermin, sekali gus mengurangkan suhu di dalam kereta.

    Walau bagaimanapun, awda perlu ingat ya bahawa ia menjadi suatu kesalahan jika awda tidak mengikut peraturan penggunaan cermin gelap seperti yang telah ditetapkan.

    • Alas tempat duduk dan stereng

    Salah satu sebab kereta menjadi bahang adalah kerana kebanyakan tempat duduk dan stereng diperbuat daripada bahan yang menyerap haba.

    Jadi sebelum meninggalkan kereta, awda alaskan dahulu tempat duduk dan stereng kereta awda. Awda boleh gunakan baju atau tuala (lebih elok kain putih kerana ia boleh bertindak sebagai pemantul cahaya) supaya sinaran matahari tidak memancar terus ke arah tempat duduk dan stereng kereta awda.

    Dengan berbuat demikian, awda boleh mengurangkan ketidakselesaan awda daripada suasana kabin kereta yang panas.

    • Pasang kipas solar

    Cara ini dikatakan berkesan bagi membuatkan kereta awda kekal sejuk dan nyaman.

    Beli kipas solar yang akan berpusing setiap kali kereta awda berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Mungkin awda boleh cuba? – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda