Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elak letak router WiFi dekat peranti elektronik lain

    KUALA LUMPUR, 29 SEPT – Pengguna dinasihatkan untuk meletakkan router WiFi jauh daripada peranti elektronik lain seperti televisyen dan ketuhar gelombang mikro, untuk mengelakkan gangguan kepada capaian kualiti internet mereka.

    Ketua Perkhidmatan Pelanggan TIME dotCOM Bhd, Satesh Vasu berkata memandangkan WiFi dan kebanyakan peranti elektronik lain menggunakan teknologi frekuensi radio, maka pengeluaran isyarat yang banyak pada satu-satu masa menyebabkan peranti tidak dapat berhubung secara optimum.

    “Radio frekuensi ini sama macam radio biasa, kita buka radio kita dapat signal transmission dari stesen television atau radio menerusi antena. Sama seperti teknologi walkie talkie, kadang-kadang isyarat tidak jelas, jadi kita laras frekuensi yang betul.

    “Kebanyakan peranti yang kita pakai mengeluarkan radio frekuensi. Bila semua peranti ini mengeluarkan radio frekuensi, semua akan berlaga lalu membentuk interference dan bila terlalu banyak radio frekuensi, semua peranti tidak dapat berhubung dengan optimum, internet jadi perlahan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam program Internet dan Anda terbitan Bernama dengan topik ‘Kenapa Kelajuan Internet Anda Rendah’ di Facebook, malam tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda