Rambut yang rosak boleh menyebabkan ia kelihatan kering dan tidak sihat. Jika awda terus mengamalkan tabiat buruk dalam penjagaan seharian, mungkin akan mengakibatkan rambut awda kelihatan semakin menipis atau botak di sesetengah bahagian. Justeru, adalah penting untuk mengetahui tabiat buruk yang boleh menjadikan rambut awda terdedah kepada kerosakan berpanjangan seterusnya membantu menyerlahkan lagi penampilan awda.

