RAMBUT itu ibarat mahkota lelaki mahu pun wanita.Walaupun lelaki tidak menjaga rambut serapi wanita namun kepala yang semakin membotak agak merungsingkan.
Kehilangan rambut tidak sama seperti menjadi botak. Kebotakan pada lelaki adalah disebabkan genetik manakala kehilangan rambut boleh terjadi juga disebabkan oleh faktor yang berbeza.
Jika anda kehilangan setompok rambut secara tiba-tiba, mungkin anda mengalami alopecia. Alopecia adalah keadaan di mana seseorang itu tidak kira lelaki atau wanita hilang setompok bulu daripada bahagian tubuh mereka.
Dalam kes teruk, ini boleh memberi kesan kepada semua bulu pada tubuh. Alopecia dipercayai adalah diwarisi dan disebabkan oleh faktor-faktor autoimun dan ia tidak sama corak seperti corak kebotakan pada lelaki.
Ini bermakna jika kehilangan rambut anda lebih kerap pada corak berkurangan biasanya daripada dahi dan bahagian hadapan kepala bermakna anda mengalami corak kebotakan pada lelaki.
Tetapi perlu diingat bahawa kebanyakan lelaki akan jadi botak. Perkara ini tidak perlu ditakuti atau anda perlu malu mengenainya.
Corak kehilangan rambut pada lelaki bermula pada waktu tertentu dalam umur 20an. Tetapi biasanya ia mengambil masa dari 15 hingga 25 tahun untuk menjadi botak. Malah setengah daripada mereka berusia 50 tahun menjadi botak.
Namun begitu, sesetengah lelaki menjadi botak kurang dari lima tahun disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu.
Jika anda memiliki corak kebotakan lelaki ini bermakna bahawa anda hilang rambut kerana tubuh menjadi semakin sensitif terhadap hormon seks lelaki yang dikenali sebagai androgen. Kulit kepala anda juga mendapat kesan kerana ini adalah proses yang diwarisi.
Anda juga boleh hilang rambut kerana masalah kesihatan atau prosedur pembedahan, tekanan, perubahan tahap hormon dan jangkitan kulit kepala. Tetapi dalam kebanyakan kes, kehilangan rambut bukanlah tetap.
Sesetengah kehilangan rambut dikaitkan dengan tekanan walaupun corak kebotakan lelaki adalah keadaan genetik yang ditemui dalam kebanyakan lelaki.
Jika anda mendapati rambut anda mula gugur pada waktu yang tidak disangka ini berkemungkinan berikutan oleh simptom masalah lain yang juga mungkin berkaitan dengan tekanan tetapi berkemungkinan tidak disebabkan oleh masalah seksual.
Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan selanjutnya.
Semua orang akan hilang rambut secara semula jadi dan ini adalah perkara normal bagi rambut semakin menipis apabila diri berusia.
Tetapi kebenarannya adalah corak kehilangan rambut lelaki adalah masalah genetik yang tidak boleh dihentikan sepenuhnya.
Terdapat satu keadaan yang dikenali sebagai Traction Alopecia yang disebabkan oleh tarikan secara tiba-tiba atau tekanan pada rambut dalam jangka masa panjang.
Jika anda kerap mengikat rambut dengan ketat berkemungkinan anda juga boleh mendapat Traction Alopecia.
Kebotakan adalah proses semula jadi. Pertama kali anda perlu tanya pada diri sama ada mahu merawatnya atau cuba menerima hakikat tersebut. Jika anda mahu mendapatkan rawatan terdapat ubat yang boleh digunakan.
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan kosmetik bagi menggantikan rambut yang hilang.