Elak rempuh lembu, 15 maut

NEW DELHI, 7 OKT – Kira-kira 15 orang terbunuh dalam nahas jalan raya di negeri Uttar Pradesh, India hari ini.

Sebuah bas dengan 70 penumpang bertembung dengan sebuah trak yang sarat dengan pasir di daerah Barabanki apabila pemandu cuba mengelak daripada merempuh seekor lembu, lapor media tempatan.

Lebih 12 penumpang cedera dirawat di sebuah hospital di Lucknow. Menurut data rasmi terkini, purata 328 orang maut di jalan raya India setiap hari. – Bernama