Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elak sentuh wajah dengan jari

    PENYANYI dan pelakon Korea Bae Suzy (gambar bawah) mendedahkan salah satu rahsia penjagaan wajah adalah dengan tidak menyentuh kulit mukanya dengan tangan.

    Wanita berusia 23 tahun itu berkata dia sentiasa memastikan tiada sentuhan jari selain menggunakan topeng muka untuk rawatan di rumah.

    “Saya sering menggunakan masker untuk rawatan di rumah. Saya juga berusaha untuk tidak menyentuh wajah dengan tangan dan memilih produk yang lembut,” ujarnya seperti dipetik Allkpop.

    Pelakon yang mendapat jolokan ‘nation’s first love’ atau cinta pertama orang Korea ini sering tampil tanpa sebarang solekan di mana-mana iklan televisyen yang dibintangi.

    Dia juga digelar ratu iklan apabila menjadi antara artis paling laris menjadi duta pelbagai produk dari kopi hingga kosmetik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda