Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elak sesak, perlu tempah sebelum daki gunung

    ST. HUBERTS, NEW YORK – Nick dan Matthew Golebiewski mendaki puncak gunung Gothics di Adirondacks dengan membawa bekal, air, sepasang kasut bot yang masih utuh dan barang terbaharu mesti ada iaitu tempahan awal.

    Sistem tempahan percuma melalui dalam talian baru-baru ini menangani sejumlah pengunjung yang semakin meningkat ke kawasan simpanan Gunung Adirondack yang dimiliki secara peribadi. Sistem pengurusan serupa turut dilaksanakan pada musim panas ini bagi tarikan luar dari Maui hingga Maine, kebiasaannya dalam tindak balas kepada pandemik atau orang ramai semakin meningkat malahan sebelum perintah berkurung yang dicetuskan oleh lawatan ke kawasan belantara.

    Laluan di Taman Adirondack seluas enam juta ekar terletak di New York kekal bebas untuk membuat tempahan. Tetapi para pendaki melalui tempahan mereka seperti adik-beradik Golebiewski kini didaftar masuk oleh kakitangan di kawasan letak kereta dan di kaki laluan.

    Sistem tempahan menawarkan keseimbangan kepada pengunjung, mengorbankan pengalaman spontan dan akses muda untuk kelebihan seperti jaminan tempat letak kereta dan lebih banyak ruang semasa berada di dalam hutan.

    “Saya mengelak untuk datang ke High Peaks selama beberapa tahun kerana kawasan tersebut terlalu sesak, hanya pergi ke tempat lain,” kata Matthew Golebiewski semasa berada di pergunungan baru-baru ini. “Dan sangat bagus saya dapat jaminan tempat dan kami dapat melakukan pendakian tanpa merasa tertekan.”

    Dua pengunjung mendaftar masuk selepas membuat tempahan awal secara dalam talian bagi mengawal jumlah kebanjiran pengunjung. – AP
    Pengunjung yang ingin datang membuat pendakian di taman-taman negara mesti membuat tempahan lebih awal demi mengelak kesesakan di tengah-tengah pandemik.- AP
    Antara pengunjung yang membuat pendakian. – AP

    Sistem tempahan outdoor bukan sesuatu yang baharu, terutama bagi tempat perkhemahan. Tetapi mereka kini semakin berleluasa ketika taman-taman bersedia untuk kedatangan pengunjung pada musim panas dan kini pandemik koronavirus memberi amaran di Amerika Syarikat dan lebih banyak sekatan akan dilonggarkan.

    Taman Negara Waianapanapa di Hawaii mula memestikan tempahan sebelum memasuki dan meletakkan kereta di taman tersebut bagi bukan penduduk di sana. Taman Gunung Yosemite dan Rocky turut melaksanakan sistem tempatan.

    Di Maine, Taman Kebangsaan Acadia pada Rabu lalu mula mengenakan bayaran tempahan sebanyak AS$6 bagi kenderaan yang menuju laluan puncak Cadillac, laluan berbahaya yang terkenal untuk menyaksikan matahari terbit. Langkah tersebut, sebagai sebahagian besar daripada rancangan pengangkutan taman berkenaan, yang direka untuk mengurangkan kesesakan, menurut jurucakap bagi taman, Christie Anastasia.

    “Kadangkala kami terpaksa menelefon talian kecemasan 911 kerana mereka terkandas di jalan rata dan tidak dapat naik ke atas, mereka juga tidak dapat turun, tidak dapat membuat pusingan U untuk keluar dari jalan,” katanya.

    Taman Glacier di Montana baru-baru ini melancarkan keadaan serupa tempahan awal untuk kenderaan dan ia telah terjual laris, menyebabkan aduan di media sosial dari pelancong yang kecewa. Jurucakap bagi taman, Gina Kerzman memaklumkan bahawa lebih banyak tempahan akan tersedia secara harian.

    Di Adirondacks, Shanzeh Farooqui berkata kumpulannya pada mulanya tidak dapat membuat tempahan bagi kawasan terkenal untuk mendaki yang dikenali sebagai Indian Head dan mereka lebih senang untuk mengadakan pada hari Sabtu bulan ini. Tetapi mereka akhirnya mendapat slot yang telah dibatalkan dan kawannya menikmati pandangan panorama pada hari yang mereka inginkan.

    “Ia lebih sukar sedikit,” kata Farooqui, “Tetapi jika itu yang kami perlukan untuk mendapatkan tempahan, ia bukan satu hal yang sukar.”

    Para pembela alam sekitar berkata kesulitan melebihi keperluan untuk melindungi alam semula jadi dari digunakan secara berlebihan. Meskipun sistem tempahan penggunaan sehari di Taman Kebangsaan Yosemite telah digubal kerana pandemik, ia membantu menyelesaikan masalah kesesakan yang membanjiri tempat tarikan, kata Neal Desai, ketua pengarah program Persatuan Pemuliharaan Taman Negara.

    “Kami memerlukan pengalaman orang ramai untuk memenuhi jangkaan, dan terdapat ketidaksefahaman yang besar ketika ini,” kata Desai, yang memelihara Yosemite.

    “Orang ramai merasakan untuk datang ke tempat semula jadi dan kawasan menjejaki yang indah, akan tetapi mereka menghirup udara dari paip ekszos kereta selama beberapa jam dan mendapati kemudahan dan tempat mendaki dipenuhi orang ramai.”

    Jumlah rakyat AS yang membuat pendakian meningkat tahun lalu kepada 8.1 juta, rekod peningkatan terbesar dalam masa setahun, menurut Outdoor Fondation. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda