Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Elak sikap ‘bermain-main’ di jalan raya

    Saya hampir menyaksikan satu kemalangan jalan raya yang nyaris-nyaris berlaku di Lebuh raya Muara-Tutong baru-baru ini.

    Semuanya gara-gara sikap seorang pemandu wanita yang ‘bermain-main’ di jalan raya.

    Semasa hari kejadian, saya berada di belakang sebuah kereta yang dipandu oleh wanita tersebut.

    Setelah beberapa ketika, datang sebuah lagi kereta yang dipandu laju dari belakang.

    Tidak seperti wanita itu, secara lazimnya, jika kita memandu perlahan dan jarak antara kereta kita dengan kereta depan agak jauh, berikanlah laluan kepada kereta yang lebih laju.

    Maka, saya pun berikanlah laluan kepada kereta yang laju tersebut.

    Semasa menghampiri lampu isyarat di Tutong, saya dapat melihat kereta yang dipandu oleh wanita tersebut membrek pada saat-saat akhir.

    Padahal, pada masa itu lampu isyarat masih lagi berwarna hijau dan lampu Prepare to Stop (PTS) baru sahaja mula berkelip-kelip.

    Disebabkan hal itu, kereta laju yang berada di depan saya terpaksa melakukan emergency braking dan segera menukar laluan ke sebelah kiri. Mujur tiada siapa yang tercedera.

    Perlu saya ingatkan bahawa nyawa tidak boleh ditukar ganti.

    Maka, janganlah bermain-main dengan nyawa.

    Jangan disebabkan keegoan kita, nyawa orang lain pula yang melayang.

    Abang Biyem

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...