Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Elche lanjutkan rekod kemarau kemenangan

    MADRID, 17 JAN – Rekod tanpa kemenangan Elche dalam saingan liga Sepanyol dilanjutkan kepada 17 perlawanan selepas seri di Cadiz 1-1 pada Isnin.

    Elche kekal sebagai satu-satunya pasukan tanpa kemenangan liga yang hanya mengutip lima mata, 10 kurang daripada Sevilla, yang berada di tempat kedua tercorot. Ia adalah seri pertama Elche selepas lima kekalahan berturut-turut dalam liga.

    Cadiz naik ke tempat ke-18 setelah menang di Valencia pada pusingan sebelumnya selepas tidak menang sejak Oktober.

    Tuan rumah membuka jaringan menerusi Brian Ocampo pada minit ketujuh dan Elche menyamakan kedudukan daripada Ezequiel Ponce pada minit ke-81.

    Peluang Elche seterusnya untuk memecahkan rekod tanpa kemenangan ini ialah pada hari Ahad di tempat sendiri menentang Osasuna.

    Cadiz pada hari Sabtu berkunjung ke Sevilla dalam satu lagi perlawanan antara lawan yang diancam penyingkiran.

    Barcelona mempunyai kelebihan tiga mata dihadapan Real Madrid di tangga teratas. Real Sociedad di tempat ketiga dan Atletico Madrid di tempat keempat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...