PARIS – Rick Owens membawa tenaga yang berani ke Minggu Fesyen Paris baru-baru ini, menjadikan Palais de Tokyo sebagai pentas perindustrian yang nyata.
Lampu strob menembusi kegelapan seperti jeriji besi penjara futuristik, dengan para model berarak menggunakan but dan jaket lebar dengan kolar yang terangkat ke atas. Hasil penampilan adalah luar biasa, mengagumkan dan estetik.
Koleksi itu menggunakan rekaan yang telah sekian lama terjalin antara pereka Amerika Syarikat dengan bandar industri Concordia di utara Itali, di mana bertahun-tahun bekerja secara berasingan membentuk visi kreatifnya.
“Kehidupan tertutup ini seolah-olah menjadi sesuatu yang diperlukan agar dapat memberi tumpuan untuk mencapai sesuatu yang pelik dan indah,” kata Owens, mencerminkan inspirasi di sebalik reka bentuk.
Reka bentuk potongan pada pakaian dengan bahu yang dibesar-besarkan dan membulat mendedahkan sosok tubuh, manakala kot dengan penutup kepala dan seluar berjumbai membawa kepada suasana drama misteri. Ia terasa seperti gabungan ritual kuno dan gaya futuristik.
Bahan memainkan peranan penting dalam mewujudkan koleksi semula jadi pereka.
Skirt berpaut dengan rekaan tali kulit dan but diperbuat daripada kulit tenunan tangan, jaket kulit buaya dan denim menambah tekstur yang berani. Kemapanan juga penting, dengan terma bulu yang diperakui mengurangkan pencemaran alam sekitar termasuk penjagaan denim menambah kelebihan pada koleksi.
Walaupun elemen khas Owens — seperti but bertumit tinggi dan bentuk yang keterlaluan — mungkin kelihatan biasa, keupayaannya untuk menolak batasan dan idea tradisional tentang kecantikan menjadikan hasil kerjanya terus berkuasa dan merangsang pemikiran. – AP