Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elena Gnut: Pembuat kek yang menakjubkan

    PADA umur 31 tahun, Elena Gnut, cef pastri dari Kaliningrad, Rusia, telah diiktiraf sebagai salah seorang artis kek paling berbakat di dunia. Dan melihat daripada portfolionya yang mengagumkan ini, memang tidak dinafikan.

    Kek-kek Elena Gnut ini terlihat lebih kepada arca seni artistik berbanding rasanya untuk dimakan. Apabila melayari laman Instagramnya yang begitu popular itu, anda akan menyaksikan kek yang begitu indah yang tidak pernah anda saksikan sebelum ini.

    Apabila anda meneliti lebih banyak gambar yang terdahulu, anda pasti lebih teruja dan takjub.

    Kek-kek Elena Gnut ini kelihatan lebih kepada arca seni artistik berbanding rasanya untuk dimakan. – Agensi

    Antara kek-kek yang dihasilkan oleh Elena Gnut. – Agensi
    Apabila melayari laman Instagramnya yang begitu popular itu, anda akan menyaksikan kek yang begitu indah yang tidak pernah anda saksikan sebelum ini. – Agensi

    Sama ada dia membentuk aising itu kepada bentuk yang pelik atau menggunakan pencelup pewarna yang boleh dimakan untuk mencipta suasana yang mengagumkan atau sebentuk potret, pembuat konfeksi ini sering mencipta sesuatu yang baharu dengan idea-idea yang segar dan ‘luar dari kotak’, agar peminat-peminatnya di laman Instagram akan terus mengikuti perkembangan penciptaan seterusnya.

    Mengenai rasa kek Elena ini, ianya masih belum diketahui sama ada ianya enak ataupun tidak. Namun jika kek tersebut menyelerakan, pasti para pelanggannya akan berpuas hati. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda