Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elfaeza Ul Haq jual tudung dalami ilmu Islam

    KUALA LUMPUR – Memilih jenama Journey sebagai simbolik ranjau hidup yang ditempuhi, pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq tampil dengan koleksi tudung pada tahun 2017.

    Melancarkan koleksi tudung secara kecil-kecilan di Singapura sebelum memperluaskan pasaran di Malaysia, Elfaeza mahu mengabdikan perjalanan hidup termasuk pengalaman berhijab selain ujian bergelar artis, dalam produk yang dihasilkannya.

    “Jenama Journey merujuk kepada perjalanan hidup dan hijrah yang saya lalui. Saya yakin pengalaman ini turut dirasai wanita dan gadis yang melalui fasa sama seperti saya. Ini juga percubaan pertama saya menceburi dunia perniagaan. Saya akan lancarkan koleksi tudung ini di Singapura dan lihat bagaimana sambutannya. Jika ada rezeki lebih, saya akan jual tudung ini di Malaysia,” katanya.

    Dalam bertatih mencipta populariti, Elfaeza tidak sunyi daripada dilanda ujian termasuk konflik apabila dia perlu menghabiskan 199 episod drama rantaian ketika keputusan berhijab dibuat.

    Elfaeza atau nama penuhnya Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq, berkata dia mula terfikir untuk menjual tudung sejak September lalu.

    Elfaeza kini turut bergelar sebagai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sejak tiga bulan lalu.
    Elfaeza kini turut bergelar sebagai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sejak tiga bulan lalu.

    Dalam perkembangan lain, Elfaeza memberitahu dia kini menjadi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sejak tiga bulan lalu.

    “Saya mengambil kursus pengajian Islam di salah sebuah universiti swasta di Kota Damansara. Selain itu, saya turut menyertai kursus percuma yang ditawarkan Islamic Online University oleh Dr Bilal Philips. Saya belajar daripada lebih banyak sumber supaya dapat menambah skop ilmu,” katanya.

    Beliau berkata, sejak mendalami ilmu, dia banyak menyedari kelemahan dan kesalahan yang dilakukan sebelum ini. “Saya juga belajar mengenai Al-Quran dan sejarahnya. Saya dapat memanjangkan ilmu seperti solat kepada keluarga dan insan tersayang,” katanya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda