Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elfira Loy dijemput Kementerian Media Arab Saudi buat haji

    Bagai bulan jatuh ke riba, pelakon Malaysia Elfira Loy mendedahkan peluang mengerjakan ibadah haji adalah atas jemputan Kementerian Media Arab Saudi.

    Memetik laporan mStar, Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memaklumkan khabar gembira tersebut diterimanya selepas menghantar ibunya berangkat ke Tanah Suci Mekah beberapa hari lalu.

    “Saya menyambut baik panggilan Allah melalui sambutan haji di bawah Kementerian Media Arab Saudi.

    “Di saat akhir selepas menghantar ibu mengerjakan haji, saya mendapat berita tentang jemputan ini,” katanya.

    Elfira berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

    Pelakon itu berangkat ke Tanah Suci Mekah pada pagi kelmarin.

    Elfira berkata, walaupun menerima tawaran pada saat akhir namun beliau bersyukur dengan peluang diberikan malah menyifatkan ia sebagai hadiah paling istimewa.

    Pada Sabtu lalu, Elfira meluahkan rasa sebak apabila rakan-rakannya membantu beliau membuat persiapan pada saat akhir.

    Elfira terharu dengan bantuan yang diterima memandangkan beliau berdepan kekangan waktu untuk melakukan persiapan.

    “Saya rasa terharu apabila ramai sangat yang tolong siapkan baju, hantar tudung semua.

    “Terima kasih sangat-sangat dekat semua orang yang banyak tolong saya. Saya rasa sebak sebab ini baju pertama yang saya cuba,” katanya. – Agensi

    Elfira Loy tidak menyangka dijemput ke Tanah Suci Mekah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda