Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elfira Loy gelabah anak alami demam panas

    Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, pelakon Elfira Loy gelisah apabila anaknya Muhammad Rayyan Khalaf buat pertama kali mengalami demam panas baru-baru ini.

    Menurut Elfira, bacaan suhu anaknya makin meningkat dan sudah mencecah 37 darjah celsius. Elfira turut meluahkan rasa bimbang serta meminta nasihat daripada pengikutnya adakah dia perlu membawa anaknya berjumpa doktor.

    “Pertama kali Rayyan demam sejak dari kecil sampai dah besar ni. Harap demam ni sekejap sahaja. Apa yang saya buat, ibu saya mandikan dia dengan air biasa sahaja, selalu lap-lap badan dan tampal cool fever. Tapi bila nak tidur dia macam tak selesa sikit.

    “Jadi El pasang zikir ubat penyakit sebab Rayyan selalu akan tenang kalau pasang bacaan Al-Quran. Tapi bila malam mungkin dia tak selesa, banyak tidur atas bahu sambil dukung berdiri. Jadi, bila anda putuskan untuk bawa anak berjumpa doktor? Atau bersabar sahaja sampai demam sembuh?,” katanya.

    Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf kini berusia setahun. – Agensi

    Elfira Loy gelisah apabila anaknya buat pertama kali mengalami demam panas baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda