Oleh Fadhil Yunus
KUCHING, 29 NOV – Pemain golf junior Panaga Elisabeth Boersheim muncul naib juara Kategori Perempuan 13-14 tahun B dalam Kejohanan Antarabangsa Golf Junior Piala Menteri Sarawak ke-21 di Kelab Golf Kuching, baru-baru ini.
Pemain muda itu ketinggalan dalam tiga birdie berturut-turut di belakang sembilan pukulan dengan 76 pukulan keseluruhannya dan 20 di atas par dalam kejohanan tersebut.
Elisabeth sebelum ini berjaya melangkah ke pusingan akhir selepas mencatatkan tiga pukulan di atas par dalam pusingan kedua dengan membawanya kepada 16 pukulan di atas par keseluruhannya.
Pemain golf junior tempatan Adam Farhan Yasin terlepas peluang mara ke pusingan akhir walaupun prestasinya bertambah baik pada pusingan kedua.
Adam menyatakan kekecewaannya dalam perlawanannya tetapi dia merasakan telah bermain dengan baik dibandingkan persembahannya pada pusingan pembukaan.
Bakat muda Sarawak Malcolm Ting Siong Hung mencatat nama dalam buku rekod selepas dia menjadi pemain pertama yang memenangi hatrik dalam kategori keseluruhan lelaki.
