Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elite FT juara Kejohanan Futsal CDD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Pasukan Elite FT muncul juara bagi Kejohanan Futsal CDD 2023 anjuran Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang diadakan pada 26 November lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Perkembangan Kurikulum, Dr Mohamad Khairul bin Haji Matusin.

    Sementara penyampaian piala pusingan berserta hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah Perkembangan Kurikulum, Dr Maureen Chong Siew Fang.

    Trofi Pemain Terbaik dirangkul oleh Mohammad Zaim bin Ishak, manakala Trofi Penjaring Terbanyak kejohanan pula diraih oleh Mohd Shafee bin Abdul Daud dan Trofi Penjaga Gol Terbaik dimenangi oleh Mohammad Adib Shukri bin Haji Abu Bakar.

    Kejohanan tersebut merupakan salah satu aktiviti riadah tahunan jabatan sebagai usaha bagi mempromosikan gaya hidup sihat selain mengukuhkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

    Pasukan Elite FT bergambar ramai selepas dinobatkan sebagai juara kejohanan tersebut di Kompleks Sukan UBD. – GAMBAR SERAHAN JABATAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda