Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elizabeth Tan lebih berani dengan Rezeki

    Selepas memperlahankan kerjaya nyanyian untuk memberi fokus kepada dunia perfileman, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan kembali ke pentas nyanyian dengan single terbaharu berjudul Rezeki.

    Elizabeth berkata, lagu Rezeki bukan sekadar kemunculan semulanya dalam dunia muzik, tetapi memperlihatkan sisi baharu yang lebih berani dan matang.

    “Sebagai salah seorang penulis lirik untuk lagu Rezeki, saya sendiri merasakan kedalaman makna perkataan rezeki dalam kehidupan peribadi saya.

    “Ia menggambarkan perjalanan hidup saya yang penuh cabaran dan pengorbanan, namun tetap teguh dan bersyukur atas segala apa yang saya capai dalam industri hiburan sama ada pelakon mahupun penyanyi,” katanya kepada BH Online.

    Berkongsi lanjut, Elizabeth berkata, lagu Rezeki menyajikan pendengar dengan alunan muzik yang penuh dengan kekuatan dan keberanian, seiring dengan visualnya menyelitkan elemen tarian dan adegan pertarungan.

    Mengambil tempat di sebuah gudang yang usang sebagai latar belakang, video muzik memberi suasana yang penuh intensiti.

    “Ia adalah gambaran visual yang sangat serasi dengan tema yang terkandung dalam lagu ini. Rezeki mencerminkan suatu aura yang memukau, seakan memberi amaran kepada dunia.

    “Dengan lirik mendalam, lagu ini membawa mesej bahawa setiap individu harus menghargai setiap langkah perjalanan hidup dan berani untuk menempuh setiap ujian yang datang,” katanya. – Agensi

    Elizabeth Tan, kembali ke pentas nyanyian dengan single terbaharu berjudul Rezeki. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda