Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elizad hanya mampu berlapang dada

    Gara-gara babak skin to skin bersama pelakon Amar Baharin, pelakon Siti Elizad teruk ‘dibantai’ warganet yang tidak senang dengan perkara tersebut.

    Ini kerana ramai merasakan baik Amar atau Elizad tidak sepatutnya bersentuhan walaupun hanya lakonan kerana masing-masing sudah berkahwin.

    Menjawab mengenai perkara itu, Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 40, berkata, dia tidak mengetahui namanya sedang menjadi bualan ramai kerana tidak membuka media sosial.

    “Kalau pihak mStar tak hantar saya pun tidak tahu mengenai perkara ini.

    “Saya bila berkerja saya memang tidak membaca sebarang komen,” katanya ketika dihubungi mStar, kelmarin.

    Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Elizad berkata, dia belum bersedia memberi sebarang kenyataan memandangkan baharu lima hari menjalani penggambaran drama berkenaan.

    Bagaimanapun, dia berlapang dada dengan segala komen negatif daripada warganet.

    “Saya masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini tapi saya berharap orang ramai menonton dahulu drama itu.

    “Saya faham ini bab agama. Apa-apa pun saya anggap ini sebagai teguran dan berlapang dada dengannya,” ujarnya lagi. – Agensi

    Elizad bersama suaminya, Shamsul Baharin Rahman. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda