Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    Ella alami masalah pendengaran

    Ratu rock negara Malaysia, Ella mendedahkan dia kini bergantung kepada alat bantuan pendengaran susulan fungsi kedua-dua belah telinganya sudah menurun.

    Ella atau Nor Zila Aminuddin, 57, berkata, hasil pemeriksaan sebelum ini mendapati pendengaran telinga kirinya berkurang kepada 70 peratus manakala sebelah kanan hanya tinggal 80 peratus daripada bacaan 200 peratus.

    Menurut Ella lagi, dia sebelum ini tidak pernah menyedari mengalami masalah pendengaran namun dengan bantuan Global Hearing Care Centre Malaysia (GHCC), deria itu kembali normal apabila menggunakan alat bantu dengar Bernafon Alpha.

    “Saya tidak pernah tahu ada masalah pendengaran namun setelah membuat pemeriksaan mendapati saya ada masalah tersebut.

    “Perbezaan selepas menggunakan alat bernafon alpha ini ia mampu seimbangkan pendengaran saya.

    Ella dedah mengalami masalah pendengaran sebab muzik. – mStar

    “Ini disebabkan telinga sebelah kiri saya hanya 70 peratus manakala telinga kanan pula 80 peratus. Jadi alat ini dapat seimbangkan kedua-duanya,” katanya kepada mStar.

    Ella mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa hadir ke Program Komuniti Global Hearing Care Centre di Pavillion Bukit Jalil pada petang kelmarin.

    Dalam pada itu, Ella berkata, meskipun terpaksa menggunakan alat bantuan pendengaran, namun dia tidak pernah merasakan ia sebagai kekurangan pada diri.

    Sebaliknya Ella bersyukur kerana masalah itu dapat diatasi dengan alat berteknologi tinggi berkenaan.

    “Saya tidak rasa pun itu kekurangan sebab ia lagi membantu Ella. Ella percaya ramai ada masalah sama.

    “Ella rasa bersyukur sebab alat ini boleh bantu Ella mendengar dengan normal,” katanya.

    “Saya mengalami masalah pendengaran disebabkan muzik, jadi saya pakai alat ini untuk melindungi daripada ia bertambah teruk.

    “Jadi saya sarankan rakan-rakan dalam industri muzik malah orang ramai untuk membuat pemeriksaan sebelum terlambat,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...