Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Ellie tidak cemburu bekas suami mahu kahwin

    Pelakon Ellie Suriaty menegaskan tidak timbul isu cemburu apabila bekas suaminya iaitu Azri Iskandar memutuskan kembali berumah tangga sebelum ini.

    Bahkan kata Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, dia sendiri membantu menguruskan persiapan majlis pernikahan Azri yang sepatutnya berlangsung dengan usahawan dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

    “Kenapa saya perlu cemburu dengan mereka? Jika cemburu saya tidak bantu menguruskan perkahwinan mereka.

    “Saya juga terkejut apabila dia (Noora) suruh saya tunggu di dewan untuk menyambut tetamu ketika ketika majlis pernikahan,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Ellie memberitahu Azri dalam keadaan tenang selepas cerita tidak jadi kahwin dengan Noora mendapat perhatian ramai.

    “Saya melihat dia (Azri) hanya bertenang. Saya boleh katakan dia sudah menerima keadaan ini dan tidak terlalu mengejar untuk berkahwin,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Ellie tidak bersetuju dengan beberapa perkara ketika perbincangan berkaitan perkahwinan Azri dan Noora dilakukan dan menganggap ia berat sebelah.

    Baginya Noora juga tidak memahami kerjaya Azri sebagai seorang anak seni yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama. – Agensi

    Ellie sebelum ini menerima baik hubungan Azri dan Noora. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...