Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elliott, dua pemain Fulham positif COVID-19

    LONDON, 29 MEI – Kapten Blackburn, Elliott Bennett dan dua pemain Fulham didapati positif koronavirus, umum kedua-dua kelab Liga Juara-Juara itu, awal pagi tadi.

    Liga Bolasepak Inggeris berkata, saringan kesihatan dijalankan ke atas 1,030 pemain dan staf bermula Isnin hingga Rabu lalu dengan tiga keputusan positif daripada dua kelab.

    Blackburn mengesahkan Bennett diuji pada Isnin lalu dan didapati telah dijangkiti COVID-19 tetapi tidak bergejala.

    Menurut kelab, dia akan dikuarantinkan selama tujuh hari dan akan kembali berlatih pada 5 Jun jika tiada simptom sampingan.

    Bennett berkata: “Tampak seperti banyak ‘histeria’ mengenai pemain kembali jalani latihan tetapi ia bukan masalah besar.

    “Kita perlu lebih bimbangkan mereka yang sakit serius di hospital bukan pemain yang cergas dan sihat. Bukan juga mereka yang tidak menunjukkan sebarang tanda tidak sihat.”

    Fulham pula mengesahkan dua pemain mereka diuji positif.

    “Kedua-dua pemain yang tidak boleh didedahkan nama mereka kerana protokol perubatan kini dikuarantinkan mengikut garis panduan kerajaan,” kata kelab London dalam satu kenyataan.

    Keputusan ujian positif virus yang kecil itu meningkatkan harapan untuk Liga Juara-Juara kembali beraksi bulan depan, manakala undian untuk memulakan Liga Satu dan Dua dijangka diadakan minggu depan.

    Di Liga Perdana Inggeris pula, empat pemain daripada tiga kelab dijangkiti COVID-19 menerusi pemeriksaan dijalankan pada Isnin dan Selasa lalu membabitkan 1,008 ujian. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda