Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elly akur rezeki bukan dalam nyanyian

    Artis serba boleh, Elly Mazlein ber- syukur atas rezeki yang diberikan dalam bidang pengacaraan meskipun kariernya yang bermula sekitar 20 tahun lalu diawali sebagai penyanyi.

    Menurutnya, dia tidak kisah jika ada pihak tidak menyukai dan membenci dirinya gara-gara muncul dalam pelbagai program televisyen kini.

    “Sejujurnya, kalau orang tidak suka dengan saya, saya tidak kisah sebab saya tak nak fikir tentang perkara negatif buat masa sekarang. Saya hanya nak memberi tumpuan kepada peminat saya yang menyukai saya.

    “Kita tidak boleh paksa orang, jadi kepada yang tidak berminat, tidak mengapa kerana saya sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menerima saya suatu hari nanti. Bak kata orang, tak kenal, maka tak cinta,” katanya.

    Elly Mazlein berkata demikian ketika ditemui majlis sidang media The Masked Singer Malaysia baru-baru ini. Jelas pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom itu, perjalanannya sebagai penggiat seni tidak mudah seperti difikirkan oleh segelintir pihak.

    Elly Mazlien tidak kisah jika ada yang tidak menyukai dan membenci diri- nya gara-gara muncul dalam pelbagai program televisyen. – Agensi

    “Bukan mudah untuk kita kekal relevan dalam industri seni kini dengan kemunculan banyak bakat-bakat baharu.

    “Saya berkerja keras dan sentiasa bagi yang terbaik dalam semua sebagai tanda saya menghormati rezeki yang diberikan, jadi untuk saya berada di tahap hari ini bukan mudah,” katanya.

    Ketika disoal tentang kerjaya nyanyiannya yang semakin mundur, Elly berkata, perjalanan sebagai penyanyi tidak begitu memberangsangkan berbanding pengacaraan.

    Nama Elly Mazlein mencetus fenomena yang gah selepas berjaya menyuntik kelainan ketika muncul sebagai hos program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9). Selepas kemunculan di GV9 Kak Lina memulakan tanggungjawabnya sebagai penyampai radio ERA secara rasmi.

    Terkini, dia menjadi salah seorang juri baharu untuk program The Masked Singer Malaysia musim ketiga. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda