Sunday, February 9, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elly janji takkan lupa diri

    Menyusuri perjalanan selama 35 tahun, terlalu banyak gelora dilalui artis serba boleh, Elly Mazlein, 43, sehingga berada pada tahap hari ini.

    Sukar dicatat satu persatu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berdepan zaman kegemilangan sebagai penyanyi dan pelakon, kemudiannya menghilangkan diri seketika dan kembali dengan semangat baharu.

    Biarpun bukan laluan mudah dan ada masanya timbul tenggelam, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom akhirnya mampu mewarnai karakter sebagai penghibur sehingga menawan semula hati peminat.

    Mula mencuri hati bila menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, wanita kelahiran Slim River, Perak itu akhirnya kian selesa mengendalikan pelbagai acara dan program hiburan.

    Nyata, karakternya lebih menyerlah sebagai pengacara sehingga akhirnya mampu menggenggam trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini.

    Mengenang perjuangannya selama 25 tahun, empangan air matanya pecah sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang, mengalahkan nama besar lain seperti Alif Satar, Hawa Rizwana, Sherry Alhadad dan Janna Nick.

    Siapa sangka malam kemuncak ABPBH 35 memahat memori cukup indah, apatah lagi, kali pertama menerima pengiktirafan sepanjang bergelar anak seni.

    “Momen ini takkan saya lupakan sampai bila-bila. Ia kenangan cukup indah dan bermakna sepanjang hidup kerana saya sudah menantikan detik ini selama 25 tahun.

    “Ini juga umpama mimpi jadi kenyataan. Selama ini, tipulah jika saya tidak merasa sedih apabila tewas dan gagal membawa pulang trofi apabila membolosi kelompok Top 5,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Kemenangan trofi Pengacara TV Popular tidak sesekali membuatkan Elly lupa diri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda