Friday, January 31, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elly Mazlein jaga hati warganet

    Dikritik hebat oleh warganet susulan pengacaranya di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10), pengacara Elly Mazlein berkata dia mengambil serius segala pandangan dikongsi oleh penonton.

    Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, berkata selepas membaca komen diberikan, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi beraksi dalam program berkenaan.

    Menurut Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan mengakui kesilapan dirinya dalam mengacarakan program berkenaan.

    “Selepas kak Lina (panggilan Elly) membaca komen semuanya. Ya kak Lina baca semua komen-komen awda.

    “Sudah masanya kak Lina tidak perlu ada di GV demi menjaga hati awda dan semua pihak. Kak Lina meletakkan kesemua kesalahan pada diri sendiri,” katanya.

    Elly berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.

    Dalam pada itu, Elly menjelaskan niat sebenar dirinya adalah untuk menghiburkan penonton tetapi tidak menyangka ia mendatangkan rasa tidak senang dalam kalangan warganet.

    “Niat kak Lina untuk menghiburkan tetapi lain pula jadinya. Buat semua orang yang tidak berminat nak menonton GV, sekali lagi kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri.

    “Demi kebaikan semua pihak, kak Lina tidak akan muncul lagi di GV. Minta maaf segala kekhilafan ya. – Agensi

    Niat kak Lina hanya mahu menghiburkan penonton. – www.azhan.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda