Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elly Mazlein mahu bantu Kieran tunai hajat ke Mekah

    Hasrat diluahkan bekas penyampai radio Kieran yang mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah menjentik hati penyanyi Elly Mazlein untuk menunaikan impian tersebut.

    Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, berkata, rezeki yang dikurniakan Allah SWT buatnya seharusnya dikongsi dengan rakan-rakan memerlukan apatah lagi Kieran pernah bekerja di stesen radio sama dengannya.

    “Dengan rezeki diberikan ini apa salahnya saya membantu saudara sesama Islam. Kieran juga merupakan bekas penyampai radio Era tempat saya bekerja sekarang. Jadi mengapa tidak untuk saya bantu.

    “Saya hanya kongsi apa yang saya mampu,” katanya ketika dihubungi mStar hari ini.

    Sebelum ini kisah Kieran yang kini sedang berdepan ujian menghidap penyakit kanser prostat mendapat perhatian Elly.

    Elly terbuka hati untuk bantu Kieran. – mStar

    Dalam ruangan komen di Instagram mStar, Elly memberitahu dia akan berusaha untuk membantu Kieran yang meluahkan hasrat mahu mengerjakan ibadah umrah di Mekah.

    Tambahnya dia juga sudah menghubungi Kieran berhubung perkara tersebut.

    “Saya baru sahaja menghubungi Kieran dan kita tunggu maklum balas darinya. Kalau ada rezeki segala niat Kieran akan tertunai,” ujarnya.

    Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Kieran atau Maskiran Jakiran, 49, berharap dia masih diberi kesempatan untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah.

    Malah katanya lebih utama jika dapat berpeluang ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.

    Kieran kini masih dalam proses menjalani rawatan kanser dan difahamkan sel barah sudah merebak ke bahagian perut serta paru-paru. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda