Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elly Mazlein mula berhijab

    Penampilan terkini pelakon dan pengacara Malaysia terkenal, Elly Mazlein yang tampil berhijab ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 pada malam Sabtu mencuri perhatian ramai.

    Rata-rata warganet memuji kecantikan Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, selain mendoakan agar dirinya kekal istiqamah selepas memilih untuk menutup aurat sepenuhnya.

    Ditanya mengenai penampilan terbaharunya, Elly bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai keputusannya itu, namun berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

    “Apa yang boleh saya beritahu di sini doakan yang baik buat saya dan sudah tentu saya pun nak yang terbaik. Jadi doakan yang baik-baik.

    “Tiada istilah percubaan, Insya Allah saya akan buat perlahan-lahan,” katanya kepada mStar.

    Elly tampil lebih manis selepas berhijab. – Utusan Malaysia

    Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai program realiti Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royale Theatre, Shah Alam, pada malam Sabtu.

    Mengulas lanjut, Elly berkata suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh, merupakan individu pertama yang mengetahui tentang keputusan tersebut dan menyambutnya dengan penuh rasa bahagia.

    “Suami adalah orang pertama yang tahu. Dia cium dahi saya tanda dia sangat bahagia dengan keputusan saya. Terima kasih sayang, terima kasih papa (panggilan kepada suami),” luahnya.

    Dalam masa sama, Elly mengakui semangat juang ditunjukkan oleh para sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin turut menyentuh hati dan memberi keinsafan yang mendalam kepadanya.

    Katanya, keberanian yang dimiliki sukarelawan misi itu cukup berani dan perlu menjadi contoh kepada semua orang.

    Tambahnya, Elly turut menegur segelintir pihak yang tidak habis-habis mencari silap mengenai usaha murni peserta GSF. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda