Penyanyi dan pelakon popular Elly Mazlein mengakui teruja apabila single terbaharunya, Dusta Cinta menerima maklum balas positif daripada peminat muzik tempatan.
Elly atau mesra disapa Kak Lina berkata, antara yang mencuri perhatian pendengar adalah lirik bahasa Korea yang diselitkan dalam salah satu ‘verse’ lagu ciptaan Aina Abdul itu.
“Alhamdulillah, tidak menjangka lagu ini mendapat respons yang begitu baik daripada peminat, lebih-lebih satu ‘verse’ bahasa Korea dalam lagu ini.
“Saya dan syarikat rakaman bersepakat untuk menyelitkan bahasa Korea dalam lagu ini kerana melihat kepada fenomena masyarakat Malaysia yang menyukai drama dan lagu Korea. – Agensi