Thursday, October 17, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elon Musk beri Donald Trump $70 juta

    WASHINGTON (AP) – Jutawan Elon Musk telah memberi $70 juta untuk bantu Donald Trump dan Republikan lain menang dalam pilihan raya November ini, menjadikannya salah satu penderma terbesar kepada Parti Republikan menurut pendedahan kewangan kempen yang dikeluarkan minggu ini.

    Musk membuat derma sepanjang musim panas kepada jawatankuasa super tindakan politik atau America PAC yang dilancarkannya pada Mei untuk membantu Trump dalam usahanya untuk kembali ke Rumah Putih..

    “America PAC hanya menyasarkan akal yang sihat, dan nilai-nilai sentris,” kata pengasas Space X dan Tesla itu pada Selasa di platform X, sejurus selepas jumlah wang yang disumbangkannya diumumkan kepada umum.

    Jawatankuasa seperti America PAC boleh mengumpul dan membelanjakan jumlah wang tanpa had tetapi biasanya dilarang daripada menyelaraskan usaha mereka dengan calon yang mereka sokong.

    Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan, yang mengawal selia kempen politik persekutuan telah membenarkan calon dan jawatankuasa ini bekerjasama untuk menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi.

    Walaupun calon dan parti politik secara tradisinya menganjurkan dan membayar untuk usaha sedemikian, kempen Trump telah bergelut untuk mengumpul wang tahun ini dan telah beralih kepada kumpulan seperti America PAC anjuran Musk.

    Setakat ini, America PAC telah membelanjakan lebih $38 juta untuk usaha untuk menggalakkan pengundi, menurut pendedahan kewangan kempen.

    Walaupun Musk adalah penderma utama America PAC, dia bukanlah satu-satunya apabila jawatankuasa seperti itu juga mengumpul kira-kira $8.75 juta daripada segelintir penderma kaya, termasuk kembar Winklevoss, Tyler dan Cameron, yang dikatakan pencipta facebook. – AP

    Aksi Elon Musk di atas pentas ketika calon Donald Trump bercakap pada perhimpunan kempen di Butler, Pennsylvania pada 5 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda