BEIJING, 28 APRIL – Jutawan teknologi dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berada di China hari ini untuk perbincangan, membuat lawatan keduanya dalam masa kurang setahun ke pasaran terbesar di dunia untuk kenderaan elektrik (EV).
Penyiar negara China, CCTV berkata bahawa Musk, salah seorang orang terkaya di dunia, mengadakan pertemuan dengan pegawai perdagangan tertinggi, menerbitkan gambar pemilik X itu di rumah tamu negara Diaoyutai yang megah di Beijing.
Musk mempunyai minat perniagaan yang luas di China dan lawatan terakhirnya adalah pada Jun tahun lepas.
Tesla tidak menjawab permintaan AFP untuk pengesahan lawatan Musk, atau berkongsi jadual perjalanannya bagi lawatan itu.
“Atas jemputan Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla (AS), Elon Musk tiba di Beijing petang ini,” menurut CCTV.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/04/P10-1A-AFP_29042024.jpg)
Media kerajaan berkata, Musk bertemu dengan Ren Hongbin, ketua majlis perdagangan itu, “untuk membincangkan langkah seterusnya dalam kerjasama dan topik lain”.
Musk merupakan seorang tokoh yang kontroversi di Barat, tetapi di China, EV Tesla telah menjadi sebahagian daripada kehidupan bandar kelas pertengahan.
Pernah mengejek EV China, Musk menyifatkan mereka tahun ini sebagai ‘syarikat-syarikat kereta paling kompetitif di dunia’.
“Adalah bagus untuk melihat EV membuat kemajuan di China,” katanya dipetik oleh media yang disokong kerajaan hari ini.
“Semua kereta akan menjadi elektrik pada masa hadapan.”
Walau bagaimanapun, syarikat Musk sendiri telah menghadapi masalah dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu, pada Januari, Tesla menarik semula lebih daripada 1.6 juta EV di China untuk membaiki perisian sterengnya. – AFP