Wednesday, March 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elon Musk sahkan X hadapi ‘serangan siber besar-besaran’

    WASHINGTON, 11 MAC – Platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter mengalami gangguan di seluruh dunia kelmarin, akibat serangan siber dengan pemiliknya, jutawan teknologi Elon Musk mendakwa ia sebagai serangan berskala besar, lapor agensi Anadolu (AA). 

    “Terdapat (dan masih berlaku) serangan siber besar-besaran terhadap X.

    “Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar. Sama ada kumpulan terancang berskala besar atau ada negara terlibat. Masih dalam proses pengesanan…” kata Musk dalam satu hantaran di platform itu.  

    Gangguan mula dilaporkan sekitar 5:30 pagi, dengan X berjaya memulihkan perkhidmatannya untuk kebanyakan pengguna dalam masa sejam. Namun, gangguan kembali meningkat kira-kira tiga jam kemudian, menurut laman pengesan gangguan DownDetector. 

    X terus dilanda pelbagai masalah, termasuk halaman yang gagal dimuat. Punca serangan siber masih belum diketahui. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 10 Oktober 2023 menunjukkan Elon Musk dan logo Twitter baharu yang dijenamakan semula sebagai X. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda