SYARIKAT terowongan Elon Musk telah mendapat lampu hijau untuk memulakan projek seterusnya.
Pihak berkuasa Pelawat Las Vegas memilih Syarikat Boring untuk membina ‘penggerak’ di bawah tanah sebagai sebahagian daripada pengembangan pusat konvensyen secara besar-besaran.
Dalam tweet lewat Selasa, Musk berkata beliau menjangkakan terowong tersebut akan ‘beroperasi menjelang akhir tahun.’
Syarikat Boring akan merancang, membina dan mengendalikan sistem pengangkutan pusat konvensyen yang terdiri daripada sebuah terowong laluan ekspres yang mampu membawa penumpang dalam kenderaan elektrik autonomi pada kelajuan yang tinggi, menurut Lembaga Konvensyen dan Pelawat Las Vegas (LVCVA).
‘Saya teruja untuk melihat pembinaan sebuah terowong oleh Syarikat Boring di Vegas,’ kata Musk dalam teks yang dikongsikan dalam Twitter.



‘Ia dijangka akan beroperasi menjelang akhir tahun!’ tambahnya dalam tweet.
Jika terowong itu tidak dapat disiapkan menjelang penghujung tahun 2019, syarikat itu berkata tarikh paling lewat ialah pada Januari 2021, bertepatan dengan Pameran Elektronik Pengguna Tahunan.
Kontrak akhir untuk projek itu akan dirundingkan dan dibentangkan untuk kelulusan pada mesyuarat Jun nanti.
Kos pembinaannya dijangka bermula daripada AS$35 juta hingga AS$55 juta, bergantung pada laluan dan keluasan stesen. Walaupun kemudahan itu hanya menyediakan perkhidmatan di persekitaran pusat konvensyen sahaja, tetapi LVCVA berkata ia berpotensi akan memperluaskan lagi perkhidmatan terowong tersebut dengan menghubungkan pusat bandar, Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran, Pusat Peranginan Boulevard Corridor Las Vegas dan bahagian lain di bandar itu.
Pusat Konvensyen Las Vegas akan meliputi kira-kira 200 ekar apabila pengembangan itu selesai.
Kemudahan tersebut juga akan dapat menangani masalah kesesakan dalam persekitaran dua batu, mewujudkan keperluan untuk ‘penyelesaian pengangkutan pelancong di bandar itu, menurut pihak berkuasa.
Ia merupakan satu lagi perkembangan terkini dalam satu siri kontrak yang dimenangi oleh syarikat berkenaan untuk membina terowong berkelajuan tinggi di kawasan bandar utama.
Syarikat berkenaan baru-baru ini juga merancang untuk membina terowong ekspres di Chicago.
Bandar tersebut sebelum ini bersetuju untuk bergerak ke hadapan dengan rancangan Syarikat Boring untuk membina terowong berkelajuan tinggi yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare dan daerah pusat bandar.
Selain daripada terowong berkelajuan tinggi, bandar Las Vegas juga menerima cadangan untuk membina trem, gondola dan monorel.
“Las Vegas adalah destinasi bertenaga dan berteknologi tinggi yang serba lengkap untuk mengalu-alukan para pelancong dan kami teruja untuk menyediakan kemudahan yang akan membantu para pelawat dengan lebih banyak tawaran hebat di bandar ini,” kata Steve Davis, Presiden Syarikat Boring.
Davis memberitahu Verge bahawa Syarikat Boring sedang mempertimbangkan menggunakan Model Xs, Model 3 atau kenderaan lain yang direka khas untuk mengangkut penumpang di terowong bawah tanah.
Musk lewat tahun lalu menghentikan sementara rancangan untuk meneruskan pembinaan kereta elektrik futuristik dan perjalanan ruang peribadi untuk menumpukan perhatian kepada pembinaan terowong kos rendah yang dilihatnya sebagai satu penyelesaian bagi kesesakan lalu lintas di bandar itu.
Jutawan di belakang Tesla dan SpaceX meletakkan perhatian pada terowong sejauh 1.14 batu (1.8 kilometer) yang dicipta oleh syarikatnya di Selatan California yang dianggarkan menelan belanja sekitar AS$10 juta.
Pembinaan terowong adalah sebahagian daripada visi Musk untuk mempunyai rangkaian kereta bawah tanah selepas Tesla.
Musk mengasaskan Syarikat Boring dua tahun lalu dengan wawasan untuk memperkenalkan kenderaan elektrik di jalan-jalan bandar itu dan dalam terowong di bandar-bandar utama di beberapa buah negara. – Agensi