Elsa dan Anna, capai juara pecah panggung

Oleh Zulkamal Haji Kamis

Pengeluar terkenal dunia, Disney ternyata memonopoli terbitan beberapa buah filem hebat pada tahun ini, apatah lagi baru-baru ini, produksi tersebut telah melancarkan tayangan filem hebat, Frozen II yang berjaya menguasai carta pecah panggung sekali gus mengalahkan juara carta minggu lepas, Ford v Ferrari.

Namun itu tidak bermakna produksi tersebut terus berehat daripada melahirkan filem-filem hebat namun ia akan terus mengeluarkan beberapa buah filem hebat selepas ini. Berikutan tayangan hebat Frozen II di mana pada minggu pertama ia ditayangkan, filem ini telah berjaya memperoleh sekitar AS$130 juta di pasaran Amerika Utara.

Produksi filem ini merancang untuk menyiarkan filem animasi ini semasa sambutan ‘Thanksgiving’ namun ia ditayangkan lebih awal sebelum perayaan tersebut. Ia merupakan satu langkah yang strategik bagi produksi kerjasama Lionsgate dan Warner Bros pada satu ketika dahulu yang menyiarkan filem Hunger Games: Catching Fire dan Harry Potter and The Sorcerer’s Stone, dua buah filem yang terhebat semasa ditayangkan sempena sambutan ‘Thanksgiving’.

Sebagaimana Frozen yang sebelumnya, Frozen II mengutarakan lebih banyak aspek kekeluargaan atau lebih mudah, tontonan untuk seisi keluarga apatah lagi ketika ini, musim cuti persekolahan dan ada juga sesetengah ibu bapa yang bercuti serta tidak bekerja.

‘Hunger Games: Catching Fire’, masih memegang catatan yang terhebat khususnya semasa musim sambutan Thanksgiving sehingga hujung minggu kedua di pawagam-pawagam Amerika Utara, sekali gus memperoleh sekitar AS$109 juta pada tahun 2013. Akan tetapi sejak itu, Disney telah memperlahankan rentaknya berikutan sebelumnya mereka telah membelanjakan sejumlah yang besar untuk beberapa buah filem.

Frozen II yang telah berjaya menguasai carta pecah panggung sekali gus mengalahkan juara carta minggu lepas, Ford v Ferrari.
Filem Ford v Ferrari berada dikedudukan kedua pada minggu ini dan meraih sekitar AS$15 juta.
Filem baharu lakonan Tom Hanks ini berada pada kedudukan yang ketiga pada minggu ini.
Antara filem baharu pada minggu ini, 21 Bridges hanya akur berada di kedudukan yang keempat pada minggu ini.
Filem Midway berada di kedudukan yang kelima setelah beberapa minggu dalam carta pecah panggung.

“Disney sudah sinonim dengan aspek kekeluargaan dan ia sudah diterapkan untuk sekian lama,” kata Jeff Bock, penganalisis pecah panggung bersama Exhibitor. “Bila-bila masa, Disney akan meletakkan meterai rahsia mereka, terutama di sekitar hari cuti awam, keluarga akan muncul secara beramai-ramai,” tambah Jeff Bock.

Bermula pada awal tahun 1990an, Disney telah mula menguasai musim-musim percutian dengan tayangan filem klasik seperti Toy Story (1995), 101 Dalmations (1996), Flubber (1997), 102 Dalmations dan Unbreakable (2000). Kemudian tayangan pertama filem hebat, Frozen 1 pada tahun 2013, selepas itu, The Good Dinosaur yang ditayangkan pada tahun 2015.

Selepas itu, filem Coco yang diterbitkan pada tahun 2017, Ralph Breaks The Internet pada tahun 2018 dan banyak lagi, memberikan kesan yang besar kepada produksi Disney dan mendapatkan keuntungan yang berganda.

Filem kekeluargaan dan ibu bapa

Ketika sambutan Thanksgiving diraikan, Disney seakan-akan cuba menguasai musim percutian itu sekali gus meraih keuntungan yang baik seperti Frozen (AS$93 juta 2013), Ralph Breaks The Internet (AS$84 juta), Moana (AS$82 juta) dan banyak lagi.

Filem Frozen muncul semula selepas enam tahun menyepi dan ia dijangka akan memberikan impak dan keuntungan yang lebih besar berbanding pendahulunya malah ia masih dikenali sebagai sebuah filem animasi paling tinggi dalam sejarah, menghasilkan AS$1.3 bilion di seluruh dunia. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pecah panggung telah menyaksikan beberapa sambungan filem yang terdahulu, seperti Terminator: Dark Fate, Sleep Doctor dan Charlie’s Angels.

Akan tetapi Frozen mengelak nasib yang sama, memandangkan filem ini hanya memfokuskan kepada penonton yang layak, tanpa memerlukan persaingan yang banyak di pawagam-pawagam, kerana filem animasi ini telah berjaya menarik penonton yang lebih muda berbanding filem-filem lain seperti Knives Out dan Queen and Slim, yang hanya akan berjaya menarik pelakon-pelakon belia dan dewasa.

Frozen II dijangka akan terus mendominasi carta pecah panggung untuk beberapa minggu yang datang,” kata Bock. “Tidak ada apa-apa untuk memberikan persaingan hebat sehinggalah kemunculan filem baharu nanti seperti Jumanji dan kemudian Star Wars: The Rise of Skywalker,” tambah Bock kepada media.

Kutipan yang diraih oleh pecah panggung pada tahun ini masih berada di bawah yang diingini. Selepas sahaja mengalami kejatuhan, kutipan pecah panggung semakin turun lebih daripada 7 peratus dari tahun 2018, agensi Multiplexes memerlukan trend terhebat dari Puteri Elsa dan Anna. Penganalisis pecah panggung terus yakin dengan kepelbagaian corak persembahan, ia akan dapat membantu mengembalikan kejayaan pecah panggung.

Walaupun perayaan Thanksgiving dan awal tahun selalunya memberikan keuntungan yang hebat iaitu ada kalanya sekitar 20 peratus secara keseluruhannya,” kata Paul Dergarabedian, penganalisis media kanan bersama Comscore.

“Ia merupakan masa yang sangat penting malah banyak perancangan dapat dilakukan bagi memberikan kesan atau impak yang baik di masa yang akan datang,” tambah Paul Dergarabedian kepada media.