Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elvina jalani pembedahan ketumbuhan usus

    PELAKON popular Elvina Mohamad lega apabila disahkan hanya mengalami ketumbuhan biasa dan tidak ada kaitan dengan penyakit serius atau kanser.

    Elvina, 22, berkata, dia menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur bagi membuang ketumbuhan di bahagian usus itu.

    “Saya mula rasa tidak selesa di bahagian rektum sejak enam bulan lalu tetapi hanya berkesempatan mendapatkan rawatan, baru-baru ini kerana sibuk dengan penggambaran.

    “Saya bersyukur apabila doktor mengesahkan ia hanya ketumbuhan biasa dan tidak serius. Ia tidak ada kaitan dengan kanser,” katanya yang dimasukkan ke wad.

    Disebabkan ia tidak serius, pelakon utama drama bersiri Jojie Gigil itu membuat keputusan untuk menjalani pembedahan selepas penggambaran drama bersiri terbaru lakonannya, Kalis Kasih selesai.

    Elvina Mohammad menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian usus.

    Menurut Elvina, doktor akan melakukan pembedahan kecil dan dia diminta untuk berpuasa di samping menjalani beberapa ujian.

    “Walaupun pembedahan ini kecil, tetapi doktor meminta saya berehat panjang bagi memastikan luka dalaman sembuh dengan cepat.

    “Saya juga dinasihatkan tidak melakukan aktiviti berat buat sementara waktu sehinggalah rawatan selesai,” katanya yang akan bercuti selama dua minggu sebelum kembali ke lokasi penggambaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda