ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD
BERTITIK tolak daripada kejayaan dan sambutan yang cukup memberangsangkan terhadap tayangan siri drama The White Queen pada tahun 2013, kini sebuah lagi novel karya Philippa Gregory iaitu The White Princess.
Sebagaimana merujuk kepada judul siri drama itu sendiri setentunya ia menumpukan kepada watak Elizabeth of York lakonan Jodie Comer iaitu anak perempuan yang ditakdirkan untuk mewarisi takhta dan memerintah negara.
Pada awalnya, Elizabeth of York juga memiliki dua orang adik beradik lelaki namun kedua-duanya telah ditangkap, dikurung dan dibunuh di Tower of London.
Sebelum ini, Elizabeth of York juga pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan Richard III namun telah dihalang oleh ibunya kerana ia seolah-olah bertentangan dengan undang-undang Negara.
Dari situ, wanita itu telah dijodohkan bersama dengan Henry VII lakonan Yakub Collins-Levy yang tanpa disedari juga turut memiliki niat buruk di sebalik perkahwinan tersebut terutama apabila ibunya, Margaret lakonan Michelle Fairley berhasrat untuk merampas takhta menantunya itu dan sekaligus diberikan kepada anaknya yang kini berjaya memegang status suami kepada Elizabeth of York itu.

Secara keseluruhan ia adalah sebuah drama yang menampilkan elemen sejarah yang cukup baik apabila ia memiliki jalan cerita yang menarik, kompleks, memuatkan unsur saspen, thriller dan juga emosi serta menonjolkan emansipasi kuasa wanita dalam drama tersebut.
Malah, bagi peminat siri drama Game of Thrones juga setentunya akan meminati siri drama ini kerana ia turut menerima sentuhan garapan daripada George R. R. Martin di mana cukup arif dalam membincangkan politik sejarah England.
Lalu apakah nasib yang bakal menimpa Elizabeth the York dalam tampuk pemerintahannya dan adakah Baginda turut dapat mengetahui siapakah dalang di sebalik pembunuhan dua orang adik lelakinya itu. Untuk mengetahui kesudahan kisahnya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama The White Princess sehingga penghujungnya.