Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emansipasi kuasa wanita terserlah dalam Ms Perfect

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

     

    SETIAP insan sering mendambakan satu kehidupan yang kelihatan sangat sempurna. Namun sebagaimana ungkapan yang seringkali diungkapkan dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘Nobody’s Perfect’ jelas memberikan makna bahawa seseorang manusia itu memang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dalam kehidupan.

    Justeru, kesempurnaan merupakan antara intipati yang cuba diketengahkan oleh pengarah, Hong Seok-Ku dan penulis, Yoon Kyung-Ah dalam siri drama Korea terbaru yang berjudul Ms Perfect.

    Siri drama tersebut juga memperlihatkan aksi terbaru yang ditonjolkan oleh Ko So Young selepas kali terakhir membuat kemunculan dalam drama Blue Fish pada tahun 2007. Selain itu, siri drama ini juga turut dibintangi oleh Yoon Sang-Hyun dan Sung Joon.

    Pada dasarnya, ia mengisahkan mengenai seorang wanita yang berpendirian tinggi bernama Shim Jae Bok lakonan Ko So Young yang merupakan seorang ibu kepada dua orang anak.

    Beliau memiliki sifat sering mementingkan keadilan dalam membuat sesuatu keputusan dan benci terhadap isu perkauman yang memandang wanita sebagai satu kaum yang lemah.

    Watak Shim Jae Bok dalam siri Ms Perfect dibintangi oleh Ko So Young.
    Watak Shim Jae Bok dalam siri Ms Perfect dibintangi oleh Ko So Young.

    Di dalam kehidupan, Shim Jae Bok adalah seorang ibu yang tegas dan sering mementingkan kesempurnaan dalam kehidupan anak-anaknya bagi merencanakan masa depan yang cerah untuk keluarganya.

    Namun pada suatu hari berlaku satu insiden yang tidak pernah dijangka melibatkan Shim Jae Bok.

    Lalu bagaimanakah pendirian yang tetap diamalkan oleh Shim Jae Bok adakah emansipasi kuasa wanitanya tetap teguh berkembang ataupun goyah berikutan terjadinya satu insiden yang tidak pernah diduga.

    Maka untuk mengetahui jawapan terhadap setiap persoalan ini jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Ms Perfect sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda