Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emansipasi peranan wanita Islam di Kosovo

    PRISTINA, Kosovo – Kebanyakan komuniti beragama Islam memiliki tradisi dan tanggapan yang melihat kaum wanita lebih sesuai dan baik untuk menunaikan ibadah seperti solat, mengaji Al-Quran dan mempelajari ilmu agama di dalam rumah masing-masing berbanding di masjid.

    Namun di Kosovo, pihak penguatkuasa ugama telah menubuhkan sebuah pusat latihan wanita khusus bagi meningkatkan amalan roh ani di dalam masjid.

    Setiap hari, sekumpulan wanita mengadakan perkumpulan yang turut dibimbing oleh Agime Sogojeva, seorang guru amalan rohani yang turut dikenali sebagai mualim di Masjid Haxhi Veseli di bandar utara Mitrovica, Kosovo.

    Mereka kelihatan cukup giat membincangkan mengenai tafsir Al-Quran, hak-hak sebagai wanita dan amalan harian di mana ia jelas merupakan satu perkembangan yang cukup baik jika dibandingkan dengan tempoh sedekad yang lalu.

    Sogojeba adalah salah seorang daripada ratusan ahli teologi wanita yang bertujuan untuk meningkatkan konsep dan tradisi Islam di dalam salah sebuah negara terbaharu di Eropah.

    Besa Ismaili, guru Bahasa Inggeris di Fakulti Pendidikan Islam memandang usaha meningkatkan pengajian Islam dalam kalangan wanita di Kosovo sebagai satu langkah yang cukup murni. – AP
    Sekumpulan wanita Islam turut menunaikan ibadah secara berjemaah di Masjid Haxhi Veseli. – AP
    Agime Sogojeva, bersedia untuk melakukan rutin hariannya berdakwah di Masjid Haxhi Veseli, Bandar Mitrovica, utara Kosovo. – AP
    Seorang mualim memberikan ceramah di dalam sebuah institusi agama di Kosovo. – AP

    Mereka turut aktif mengajar di tiga buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Agama Islam, Pusat Agama Islam atau bekerja secara sukarela.

    Usaha yang dilaksanakan itu adalah untuk menubuhkan latihan keagamaan dalam kalangan wanita di dalam masjid, di mana kaum wanita ditempatkan di dalam bilik yang berasingan dari kaum lelaki.

    Ia dilaksanakan sebagai cara untuk meningkatkan kesaksamaan khususnya dalam komuniti Islam terutama bagi menepis tanggapan barat yang sering memandang negatif berhubung mengenai hak wanita yang beragama Islam.

    Walaupun di kebanyakan negara lain, kaum wanita beragama Islam sememangnya dipilih untuk mendidik kaum wanita muslimah lain namun ia biasanya hanya dilakukan di dalam rumah berbanding di dalam dewan atau masjid.

    Sementara di dalam negara konservatif lain, ada di antara kaum wanita yang jarang diberi peluang untuk berkumpul di dalam masjid kecuali pada acara-acara keagamaan.

    “Di Kosovo, terdapat peningkatan yang cukup signifikan pada jumlah wanita yang mengunjungi masjid sejak dalam tempoh 20 tahun kebelakangan,” jelas Besa Ismaili, seorang profesor Bahasa Inggeris berusia 43 tahun di Fakulti Pengajian Islam di Pristina.

    “Kaum wanita bukan hanya diketepikan malah sumbangan mereka juga ada kalanya kurang dihargai. Dengan itu, kami berusaha untuk memecah stereotaip dan unsur salah faham tersebut,” jelas Besa.

    Kosovo mempunyai konsep masyarakat berasaskan patriarki yang kuat namun juga tetap memiliki tradisi sekular yang panjang di mana identiti keagamaannya juga semakin lemah selama berada di bawah pemerintahan komunis.

    Kebanyakan penduduk dari etnik Albania adalah beragama Islam namun secara perlahan-lahan fahaman agama tersebut juga semakin menghilang walaupun fahaman komunis juga mula memudar pada penghujung tahun 1980an.

    Malah negara itu juga telah mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia pada tahun 2008, hampir satu dekad selepas perang 1998-1999 menentang pasukan Yugoslavia.

    Lebih parah lagi apabila jumlah penduduk Kosovo yang menyertai pengganas eksterimis juga meningkat kepada 300 orang di mana mereka menyertai kumpulan Kerajaan Islam (IS) sebagai pejuang asing di Iraq dan Syria sejak tahun 2012.

    Di samping itu, kaum wanita dan kanak-kanak juga turut dipaksa untuk mengikuti suami mereka ke zon perang. Kira-kira 180 warga Kosovo yang masih aktif bekerjasama dengan kumpulan ekstremis di Syria dan Iraq dan kaum wanita dan kanak-kanak pula hanya ditempatkan di dalam khemah.

    Namun pihak berkuasa Kosovo turut mendakwa bahawa tiada sebarang penduduk dari negara itu yang menyertai kumpulan fundamental dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, sekali gus berusaha untuk mengembangkan peranan wanita Islam di negara itu seperti memberi peluang kepada mereka untuk menjadi pembimbing.

    “Sikap ekstremis juga dilihat semakin berkurangan apabila konsep Islam mula diterapkan dan didukung dalam kalangan wanita,” jelas Ismaili.

    Bayaran gaji untuk lebih daripada 20 ahli teologi wanita yang berasal dari Pengarah Urusan Hal Ehwal Agama Turki atau Diyanet yang secara tidak langsung membantu Komuniti Islam Kosovo atau BIK, eksekutif negara untuk umat Islam.

    “Barisan guru yang memberikan ceramah itu merupakan ahli yang bergiat aktif mengenai hal ehwal agama di sekitar 800 buah masjid di seluruh negara itu,” jelas Resul Rexhepi, Setiausaha Umum BIK, yang banyak melancarkan usaha ke arah moder-nisasi kehidupan dan meningkatkan peranan wanita dalam masyarakat.

    “Mualim adalah satu usaha yang baik untuk memperkembangkan konsep harmoni dalam masyarakat,” jelas Resul.

    Para pegawai BIK mendakwa bahawa pengenalan para pendakwah wanita Islam di masjid secara tidak langsung telah mengurangkan keganasan unsur seksual di rumah, membantu dalam meningkatkan keyakinan wanita yang pernah menjadi mangsa rogol sewaktu era peperangan, membantu para ibu untuk mendidik anak-anak mereka sekali gus menggalakkan penglibatan kaum wanita.

    Tidak ada sebarang angka rasmi untuk menyokong tuntutan tersebut.

    Dalam tempoh beberapa dekad lalu, seramai 1,100 pelajar perempuan dilaporkan berjaya menamatkan pengajian di tiga buah sekolah menengah dan 300 lagi kaum wanita berjaya menamatkan pengajian di Fakulti Pengajian Islam.

    Enisa Bekteshi, seorang pelajar berusia 21 tahun menjelaskan bahawa ia adalah lebih selesa bagi seorang wanita untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dengan guru wanita berbanding dengan imam yang biasanya merupakan seorang lelaki. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda