Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emas cecah rekod tertinggi melebihi AS$2,260

    HONG KONG, 1 APRIL – Emas mencecah rekod tinggi baharu pada hari ini apabila pelabur semakin yakin bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah tahun ini, walaupun selepas data menunjukkan sedikit peningkatan dalam laporan inflasi utama.

    Logam berharga itu telah menarik minat pembelian yang sihat tahun ini ketika bank pusat Amerika Syarikat (AS) membayangkan kelonggaran syarat-syarat pinjaman.

    Ia mencecah paras tertinggi baharu pada AS$2,265.73 hari ini, menurut Bloomberg News.

    Pada Jumaat lepas, indeks perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) yang diawasi rapi menunjukkan kenaikan kecil pada Mac berbanding Februari, walaupun bacaan teras mencatat kemerosotan.

    Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell berkata laporan itu ‘sejajar dengan jangkaan kami’ dan pembuat keputusan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran inflasi jangka panjang mereka sebanyak dua peratus.

    Beliau berkata, sementara data inflasi terbaharu adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan oleh Persekutuan, angka Februari ‘sudah tentu lebih tinggi berdasarkan apa yang ingin kami lihat’.

    Data itu nampaknya tidak memberikan kesan besar ke atas jangkaan peniaga untuk penurunan kadar faedah pada Jun, walaupun Powell memberikan amaran ia tidak mungkin jatuh ke tahap yang dilihat selepas krisis kewangan global 2008. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda