Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Emas pengganti duka Abdul Latif

    HANGZHOU, 26 OKT – Di sebalik kejayaan meraih pingat emas di Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022, tersimpan kisah duka membabitkan jaguh lompat jauh para Malaysia, Datuk Abdul Latif Romly.

    Atlet kelahiran Perlis itu bukan sahaja mengakui tidak berada pada prestasi sebenar susulan kecederaan paha, malah turut kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.

    Menurut atlet berusia 26 tahun itu, beliau sangat terkilan kerana kereta jenis Kia Sportage yang diterimanya daripada Syarikat Naza Corporation itu merupakan tanda mata kejayaan manis ketika meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

    “Dua tiga minggu sebelum saya ke Hangzhou, kereta saya kena curi. Saya pula asyik fikirkan kereta yang hilang tapi isteri (Nurul Nabila Farhana Musaidi) banyak bagi semangat dan minta saya fokus kepada sukan dulu.

    “Kereta Kia pemberian 2016 itu berjaya dijumpai di Batu Caves (Selangor) tapi dah kena potong,” katanya kepada wartawan.

    Kejayaan meraih emas tujuh tahun lepas turut menyaksikan beliau menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM1 juta serta beberapa sumbangan daripada syarikat korporat.

    Selain kereta Kia Sportage, Naza Corporation ketika itu turut memberikan sebuah suite kediaman di Equine Park, Seri Kembangan bernilai RM350,000. – Bernama

    Aksi Abdul Latif dalam acara akhir Lompat Jauh T20 pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Stadium Huang Long pada 24 Oktober lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...