NEW YORK, 12 DIS – Joel Embiid mempamerkan aksi luar biasa selepas menyumbangkan 53 mata kelmarin untuk membantu Philadelphia 76ers menang 131-113 ke atas Charlotte, sekali gus menjadi pemain NBA pertama dengan rekod berganda 50 mata pada musim ini.
Pemain berusia 28 tahun dari Cameroon itu membuat 20 daripada 32 cubaan dalam gelanggang dan 12 rebounds.
“Dia membuat jaringan kelihatan mudah malam ini,” kata juara tiga kali penjaring terbanyak NBA, James Harden, yang menyumbang 19 mata, 16 assists dan sembilan rebounds.
“Dia berada dalam mod serangan sepanjang permainan… Dia melalui malam yang agresif.”
Embiid, yang mencatat rekod jaringan tertinggi sebanyak 59 mata dalam kariernya pada bulan lepas setelah menang ke atas Utah, menjadi pemain 76ers yang ketiga untuk mencapai rekod berganda 50 mata pada musim ini, bersama Allen Iverson dan Wilt Chamberlain.
“Saya begitu gembira untuk menyumbangkan mata dalam perlawanan yang kami menang,” kata Embiid. – AFP


